Rashed Al-Majed
Rashed Al-Majed

Rashed Al-Majed

Rashed Al-Majed (Bahasa Arab: راشد الماجد; lahir di Manama, Bahrain, 27 Julai 1969; umur 52 tahun[1]) merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, penulis lagu, pemuzik, penerbit rakaman, dan pelakon lelaki Arab Saudi. Beliau telah aktif sejak tahun 1984.Rashed Al-Majed adalah salah seorang penyanyi paling terkenal di Timur Tengah dan telah mengeluarkan hampir 40 rekod. Lagu-lagunya selalunya bertemakan emosi dan romantik.Beliau telah bekerja dengan operetta kebangsaan Arab Saudi di Jenadriyah dan telah merakam dengan mereka lebih daripada lapan kali. Beliau telah mengadakan banyak konsert di Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman, Mesir, Lubnan, Jordan, Perancis, dan United Kingdom.Selain itu, beliau adalah salah satu pengeluar terbesar di Timur Tengah, mempunyai saluran Art Jazeera dan 50% pegangan dalam Platinum Records dengan MBC Group.